Kisah Seorang Wanita Pelacur Yang Sangat Mengejutkan, Lihat Apa Yang Terjadi Saat Jenazah Dimandikan


Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya.

Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak permintaan lelaki.

Sehinggalah tiba pada hari kematiannya, saat dia dimandikan oleh seorang wanita

yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayit itu terlekat pada kemaluan mayit wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.

Mana tidaknya, tangan si pemandi mayit terlekat sehingga semua orang di situ mati nalar untuk melepaskan tangannya dari mayit wanita terbabit. Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan dilema itu. 

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayit tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus. Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya

dan betapa sensitifnya dia dalam gosip agama. Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayit itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

Wanita pemandi mayit itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:

"Berapa kalilah badan ini telah melaksanakan zina"

Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina)

pada wanita tersebut, sedangkan kau tidak mendatangkan 4 orang saksi.

Maka kau harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan

kerana tidak mendatangkan saksi."

Selepas wanita pemandi mayit itu dikenakan hukuman 80 sebatan

maka terlepaslah tangannya dari mayit tersebut.

HIKMAH & PELAJARAN:

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga pengecap kita. Jangan sembarangan

membuat fitnah atau bersangka buruk dengan orang lain.

Kuasa Tuhan SWT mengatasi segala-galanya..

Moga bermanfaat dan sama2lah memperbaiki diri. InsyaAllah.

Jaga pengecap jangan sebarkan fitnah, jangan bersangka buruk dengan kuasa Tuhan Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi jikalau tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisa Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkra buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yang akan kita tidak menyaksikan dan tiada ssaksi, maka tunggulah suatu hari nanti akibat yang kita terima. Walaupun peristiwa berlaku: Berhati-hati semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Wallahua'lam

Semoga bermanfaat...!!!

Mudah-dudahan Tuhan selalu mempermudahkan langkah kita, di manapun dan dalam keadaan apapun kita berada. Aamiinn...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kisah Seorang Wanita Pelacur Yang Sangat Mengejutkan, Lihat Apa Yang Terjadi Saat Jenazah Dimandikan"

Posting Komentar